Friday, July 23, 2010

Terima Kasih..

Terima kasih kepadamu Ya Tuhan kerana telah menjadikan hari ini satu hari yang sempurna untukku. Satu hari yang penuh dengan rasa bahagia dan senyuman. Suatu perasaan yang aku tidak tahu bagaimana untuk aku menjelaskannya.

Tuhan,
Walau aku tahu semua ini mungkin sementara,
Walau aku tahu semua ini mungkin tidak lama,
Walau aku tahu hakikat sekarang yang sebenarnya,
Aku redha, sabar, dan tenang menghadapinya.

Walau hanya aku yang mencintai,
Itu tidak mengapa Ya Tuhan,
kerana aku cukup bahagia dengan memberi.

Dan kerana itu jugalah,
Aku mengira dan aku mendengar segala apa yang diungkapkan oleh dirinya,
Aku kumpulkan setiap senyum dan tawanya,
Dan aku simpankan semua itu sedalam-dalam hati ini.

Aku menghargai dan berbahagia dalam setiap saat, setiap momento sementara semua ini masih ada.

Oh Tuhan,
Aku tidak tahu mengapa engkau telah temukan aku dengan dirinya,
Aku tidak tahu mengapa aku dikurniakan dengan perasaan cinta yang teramat terhadapnya.

Apa yang menjadi satu kepastian,
Itulah perasaan yang terindah dan terhebat yang aku miliki.

Terima Kasih, Tuhan.
Aku bersyukur diatas segala pemberian-Mu.
Engkau kurniakanlah yang terbaik untukku Ya Allah.

Dan,
Kepadamu insan yang menjadi inspirasiku,
Aku meminta maaf kerana mencintaimu,
Aku tidak mampu untuk menafikan pemberian Tuhan yang terlalu hebat dan indah ini.

Terima kasih kerana hadir di dalam hidupku,
Mungkin hanya untuk sementara waktu,
Dan seandainya itu berlaku,
Kau tahu dan aku tahu,
Bahawa tiada lain yang sepertimu.

831
-Muhammad Syairazi-

Wednesday, July 21, 2010

Senyum..

Aku kagum melihat bagaimana seorang kanak-kanak tersenyum.
Begitu asli, tulus, dan ikhlas senyum mereka. Tidak hipokrit. Tiada apa yang berselindung disebalik senyuman itu.

Mereka senyum kerana diri mereka benar-benar gembira. Bukan untuk menutupi masalah atau kesedihan yang mereka alami.

Mereka senyum kerana mereka gembira.
Mereka menangis kerana mereka sedih.
Hipokrisi sifar.

Aku, tidak tahu mengapa setiap kali aku terlihat mana-mana kanak-kanak yang tersenyum, aku juga seolah-olah dapat merasai kegirangan mereka lalu menimbulkan satu perasaan yang menenangkan dan itu membuatkan aku juga turut tersenyum.

Kanak-kanak sungguh membahagiakan dan aku memang sukakan kanak-kanak :)

Tuesday, July 20, 2010

Get Well Soon..

Aku berharap ia bukanlah demam Denggi seperti yang diduga oleh doktor. Aku amat berharap bahawa jangkaan doktor itu salah.

Insya-Allah ia cumalah demam biasa. Aku tidak sampai hati untuk melihat dirinya ditimpa sakit yang sebegitu, Ya Tuhan.

Oh Tuhanku, janganlah engkau timpakan kesakitan kepadanya. Engkau lindungilah dirinya dan kurniakanlah dia kesihatan yang baik yang berpanjangan. Kerana aku disini juga merasai kesannya.

Semoga dirinya cepat sembuh.
Makan ubat. Jangan tak makan.

Sunday, July 18, 2010

Hanya Kepada-Mu..

Dan setiap kalinya aku melihat kedalam sepasang matanya itu, hatiku berbisik,

"Ya Allah, inilah antara ciptaan-Mu yang terindah dimana engkau telah menyemai perasaan cinta dalam diriku terhadap dirinya, engkau telah mengurniakan aku sebuah perasaan kasih dan sayang terhadapnya sekali gus mewujudkan keinginan dalam diriku untuk membimbing dan melindungi dirinya."


Begitu hebat perasaan yang telah engkau kurniakan kepadaku ini, Ya Allah,
Sebuah perasaan bagiku, yang amat mendalam dan bermakna dan tidak terungkapkan.

Engkau telah menjadikan hatiku ini sekeping hati yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang. Alhamdulillah, syukur diatas kurniaan-Mu itu Ya Allah.

Namun, buat sementara waktu ini, aku masih tidak berpeluang untuk meluahkan kepadanya.

Buat masa ini, hanya kepada-Mu lah aku meluahkan rasa itu.
Hanya kepadamu aku mengadu, merayu, dan berdoa, Ya Allah.
Hanya kepadamu, Ya Allah.
Hanya kepada-Mu.

Berikanlah kepadaku Ya Allah, suatu kekuatan dan ketabahan diri agar aku upaya untuk menempuhi segala kemungkinan yang bakal aku lalui di masa hadapan. Kurniakanlah yang terbaik untukku. Amin.