Friday, July 23, 2010

Terima Kasih..

Terima kasih kepadamu Ya Tuhan kerana telah menjadikan hari ini satu hari yang sempurna untukku. Satu hari yang penuh dengan rasa bahagia dan senyuman. Suatu perasaan yang aku tidak tahu bagaimana untuk aku menjelaskannya.

Tuhan,
Walau aku tahu semua ini mungkin sementara,
Walau aku tahu semua ini mungkin tidak lama,
Walau aku tahu hakikat sekarang yang sebenarnya,
Aku redha, sabar, dan tenang menghadapinya.

Walau hanya aku yang mencintai,
Itu tidak mengapa Ya Tuhan,
kerana aku cukup bahagia dengan memberi.

Dan kerana itu jugalah,
Aku mengira dan aku mendengar segala apa yang diungkapkan oleh dirinya,
Aku kumpulkan setiap senyum dan tawanya,
Dan aku simpankan semua itu sedalam-dalam hati ini.

Aku menghargai dan berbahagia dalam setiap saat, setiap momento sementara semua ini masih ada.

Oh Tuhan,
Aku tidak tahu mengapa engkau telah temukan aku dengan dirinya,
Aku tidak tahu mengapa aku dikurniakan dengan perasaan cinta yang teramat terhadapnya.

Apa yang menjadi satu kepastian,
Itulah perasaan yang terindah dan terhebat yang aku miliki.

Terima Kasih, Tuhan.
Aku bersyukur diatas segala pemberian-Mu.
Engkau kurniakanlah yang terbaik untukku Ya Allah.

Dan,
Kepadamu insan yang menjadi inspirasiku,
Aku meminta maaf kerana mencintaimu,
Aku tidak mampu untuk menafikan pemberian Tuhan yang terlalu hebat dan indah ini.

Terima kasih kerana hadir di dalam hidupku,
Mungkin hanya untuk sementara waktu,
Dan seandainya itu berlaku,
Kau tahu dan aku tahu,
Bahawa tiada lain yang sepertimu.

831
-Muhammad Syairazi-

Wednesday, July 21, 2010

Senyum..

Aku kagum melihat bagaimana seorang kanak-kanak tersenyum.
Begitu asli, tulus, dan ikhlas senyum mereka. Tidak hipokrit. Tiada apa yang berselindung disebalik senyuman itu.

Mereka senyum kerana diri mereka benar-benar gembira. Bukan untuk menutupi masalah atau kesedihan yang mereka alami.

Mereka senyum kerana mereka gembira.
Mereka menangis kerana mereka sedih.
Hipokrisi sifar.

Aku, tidak tahu mengapa setiap kali aku terlihat mana-mana kanak-kanak yang tersenyum, aku juga seolah-olah dapat merasai kegirangan mereka lalu menimbulkan satu perasaan yang menenangkan dan itu membuatkan aku juga turut tersenyum.

Kanak-kanak sungguh membahagiakan dan aku memang sukakan kanak-kanak :)

Tuesday, July 20, 2010

Get Well Soon..

Aku berharap ia bukanlah demam Denggi seperti yang diduga oleh doktor. Aku amat berharap bahawa jangkaan doktor itu salah.

Insya-Allah ia cumalah demam biasa. Aku tidak sampai hati untuk melihat dirinya ditimpa sakit yang sebegitu, Ya Tuhan.

Oh Tuhanku, janganlah engkau timpakan kesakitan kepadanya. Engkau lindungilah dirinya dan kurniakanlah dia kesihatan yang baik yang berpanjangan. Kerana aku disini juga merasai kesannya.

Semoga dirinya cepat sembuh.
Makan ubat. Jangan tak makan.

Sunday, July 18, 2010

Hanya Kepada-Mu..

Dan setiap kalinya aku melihat kedalam sepasang matanya itu, hatiku berbisik,

"Ya Allah, inilah antara ciptaan-Mu yang terindah dimana engkau telah menyemai perasaan cinta dalam diriku terhadap dirinya, engkau telah mengurniakan aku sebuah perasaan kasih dan sayang terhadapnya sekali gus mewujudkan keinginan dalam diriku untuk membimbing dan melindungi dirinya."


Begitu hebat perasaan yang telah engkau kurniakan kepadaku ini, Ya Allah,
Sebuah perasaan bagiku, yang amat mendalam dan bermakna dan tidak terungkapkan.

Engkau telah menjadikan hatiku ini sekeping hati yang penuh dengan perasaan kasih dan sayang. Alhamdulillah, syukur diatas kurniaan-Mu itu Ya Allah.

Namun, buat sementara waktu ini, aku masih tidak berpeluang untuk meluahkan kepadanya.

Buat masa ini, hanya kepada-Mu lah aku meluahkan rasa itu.
Hanya kepadamu aku mengadu, merayu, dan berdoa, Ya Allah.
Hanya kepadamu, Ya Allah.
Hanya kepada-Mu.

Berikanlah kepadaku Ya Allah, suatu kekuatan dan ketabahan diri agar aku upaya untuk menempuhi segala kemungkinan yang bakal aku lalui di masa hadapan. Kurniakanlah yang terbaik untukku. Amin.

Saturday, June 26, 2010

Passion..

Passion adalah salah satu perkara yang aku kira adalah suatu perasaan yang membolehkan kita membuat sesuatu tanpa wujudnya rasa bosan..

" Nothing great in the world has ever been accomplished without passion.. "
Hebbel - (German Poet and Dramatist)

aku telah bertukar course dari Diploma in Information Technology kepada Diploma in Photography..

puncanya..? it's about passion..tanpa passion, tak akan menjadi..percayalah, kerja/belajar tanpa passion, satu hari nanti, hidup akan penuh tensi..

mahu kerja hari-hari macam robot tapi dalam hati penuh benci..? mahu belajar gila-gila macam hantu tapi haram tak masuk satu pun..?

aku tak mahu..

walau ramai yang bangkang, tidak sokong, tapi peduli apa..?, aku fikir..
hati aku, aku yang kenal..bukan mereka..aku tahu apa yang aku mahu..


" ikut hati mati, ikut rasa binasa.. "

jujur aku kata, aku langsung tidak pernah berpegang kepada pepatah itu dalam hidup aku..kalau benarlah kata pepatah itu, apa gunanya tuhan kurniakan hati dan perasaan kepada manusia, bukan..? tidak tuhan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..

Wednesday, June 16, 2010

Persimpangan..

aku lihat semakin ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang telah dan bakal pergi mengikut haluan masing-masing. kita sudah tiba di salah satu persimpangan hidup dimana kita mempunyai hala tuju tersendiri dalam mencipta sebuah kehidupan yang mempunyai kemungkinan yang infiniti.

penemuan, misteri, dan persoalan baru untuk dirungkaikan dan dipersoalkan, masalah dan dugaan baru bakal dihadapi, cabaran baru bakal ditempuhi. batch 1992 sudahpun memasuki alam baru iaitu alam universiti, kolej, dan sebagainya.

ada diantara kawan-kawan yang sudah mula menampakkan perubahan di dalam hidup mereka. yang positif mahupun yang negatif.

ada yang pergi dan ada yang tinggal. kita bukan lagi berada diatas jalan dan haluan yang sama. akan tetapi, walau kita tidak lagi bersama-sama seperti dulu, destinasi kita akan kekal sama buat selamanya. iaitu untuk berjaya..

buat sahabat-sahabatku, semoga kita sama-sama mencapai kejayaan didunia dan juga diakhirat.

all the best to all of us and may Allah S.W.T be with us always.

Buku Baru..

ini adalah blog aku yang entah kali keberapa. mengapa tukar blog lagi? sebenarnya aku pun tidak pasti. cuma aku merasakan, seperti menulis diari di dalam buku juga, ia harus ditukar apabila buku tersebut habis digunakan. jadi, aku rasa cukuplah untuk blog yang sebelum ini. sudah tiba waktunya untuk aku tukarkan kepada blog yang baru.